Friday, April 3

BENIH SERAI UNTUK DIJUAL!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rumpun serai kami sudah cukup umur dan sekarang dalam musim menuai.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli benih serai dari kami bolehlah datang ke ladang kami di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor atau terus hubungi pihak kami di nombor 019-7166199 (tobie). Harga boleh dirunding bergantung kepada kuantiti.

Berikut adalah gambar-gambar terbaru dari ladang kami.

GAMBAR LADANG KAMI 1EKAR+++


SERAI BERUMUR 7BULAN


Harga benih adalah berpatutan mengikut harga semasa di kawasan kami.
Anda digalakkan untuk membuat survey harga ditempat-tempat lain juga.
Kami sediakan 2 harga yang berlainan mengikut keadaan benih seperti di dalam gambar dibawah :


(SIAP DIBERSIHKAN) RM1.80/KG




(BELUM DIBERSIHKAN) RM1.60/KG

Maaf, kemudahan PENGANGKUTAN tidak disediakan.
Segala kelemahan dan kekurangan pihak kami amat dikesali.
Sekian terima kasih. Wassalam :D

Sunday, March 29

Kambing lagi...


Salam untuk semua...
semoga berbahgia mendapat rahmat Tuhan Yang Esa...

Sebenarnya dah lama nak upload gambar kambing yang baru masuk nih tapi tak ada kesempatan nak ambil gambar...biasanya datang kandang jenguk-jenguk jer..hehe...

Kambing ini adalah dari jenis boer f5/f6.
Kedua-duanya betina...tak beri namapun lagi...


Kepada sesiapa yang beminat untuk ternakan dan sembelihan bolehlah berurusan dgn tauke kambing dari PB Ramunia
ni.

sekian sahaja untuk kali ini...
see u next post..
salam mesra dari tobie :D
wassalam....

Thursday, March 12

Projek Serai Gajah II Bermula!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelawat dan rakan blogger...
Seperti biasa, kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang projek serai gajah yang telah agak lama tertangguh kerana musim kemarau yang lalu. Memandangkan cuaca telah kembali pulih, kami telah kembali semula mengerjakan projek serai gajah tersebut.

Target kami dalam sebulan ini adalah untuk menyiapkan tanaman serai dan keledek seluas 4 ekar. Oleh itu bulan ini hingga bulan depan kami akan agak sibuk. Terlalu banyak yang perlu di uruskan. Harap semuanya berjalan lancar. Insya'Allah.

Berikut ini adalah sedikit gambar yang telah saya rakamkan semasa kerja2 menanam benih.


Proses mencabut benih dan membuang daun.


Benih serai yang baru dipotong akar dan daunnya.


Tapak projek yang baru di tanam dengan benih serai gajah.



Mohon maaf kerana kami kesuntukan masa...
Saya akan update gambar2 terbaru dari semasa ke semasa...
terima kasih...
wassalam...

Friday, March 6

Jom Sembelih Kambing...


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
seperti yang telah dirancangkan, pagi tadi kami telahpun selamat menyelesaikan sembelihan 2ekor kambing untuk aqiqah. bila masuk bab sembelih nie, memang ramai yang ringan tulang datang menolong. memang meriah, kalau tak percaya, cubalah sembelih kambing sekor...mesti ramai yang datang tolong tengok :D



kambing import ni agak liar sikit, baunyapun lebih kuat berbanding kambing tempatan. mungkin faktor makanan atau cuaca?


inilah customer pertama yang berurusan dengan kami...tengah pilih kambing tu...


rata-rata pengunjung yang datang semua tertumpu pada tanduknya yang serupa kambing gurun tu. huhuhu...

sekian saja utk hari ini..
smoga berjumpa lagi..
trima kasih daun keladi buat semua..
wassalam...


Thursday, March 5

'Sang Lebai' untuk dijual!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...
ALHAMDULILLAH, semalam 05 Mac 2009 bermulalah langkah pertama saya dalam dunia perniagaan kambing@Sang Lebai. Berikut adalah sedikit gambar yang sempat dirakamkan semasa proses menurunkan kambing tersebut. Buat pembuka jalan, pencetus idea dan titian ilmu saya memulakan perniagaan ini dengan membeli 5ekor kambing jenis Feral dari ladang D' Baraqah Farm.


lori kambing baru sampai...


tuan reban tengah berbual dgn 'tetamu' barunya :D
boleh tahan tanduk kambing nie...seram juga dibuatnyee!!!

hahh...tarik...jgn tak tarik...
semua dah masuk...nahh...makan hampas soya nie...malu2 pulak...

inilah gambar reban yang ditumpang...

Memandangkan ini adalah pusingan pertama, maka masih banyak perkara yang belum saya fahami tentang asam-garam bisnes kambing ni. Oleh itu, saya amat positif untuk menerima teguran dan nasihat dari semua rakan blogger untuk memperbaiki kesilapan dan kekeliruan saya dalam bisnes ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi kerjasama sebelum, semasa dan insya'Allah selepas selesai pusingan pertama ini. Tidak lupa juga kepada rakan saya, Mohd Rasiden & Mohd Zubir kerana sudi memberi kepercayaan untuk melaburkan modal pembukaan projek ini. Thank you very much geng :D
Kepercayaan anda amat berharga, yang tak mampu dijual-beli.

Sekian sahaja untuk kali ini....see u next post...
take care........wassalam :)

tapak projek keledek II

Assalamualaikum n salam sejahtera..
sedikit perkembangan ttg projek mini yang sedang kami usahakan sekarang.


banyak lagi yang nak diupdate tapi tak sempat...
so, jumpa lagi lain masa...
take care n wassalam :D


















Saturday, January 24

Projek Keledek


Asssalalmualaikum dan salam sejahtera buat semua :D
Projek tanaman keledek ini masih dalam proses penyediaan tapak. Kerja-kerja pembajaan asas telahpun selesai. Baja asas akan diperam/dibiarkan selama setengah bulan sebelum proses penanaman benih keledek dilakukan. Dalam tempoh pemeraman baja asas tersebut akan digunakan untuk proses meracun lalang dan mengapur tanah. Saya turut dibantu oleh partner saya juga seorang petani muda yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian ini.

MENGGEMBUR TANAH


BUAT BATAS

TAHI AYAM REBAN

MENGAGIH BAJA


Berikut ini pula adalah gambar ladang keledek kerepek berdekatan projek keledek kami.



Inilah Mr.Am selaku partner saya, rajin juga orangnya :D Gaya seorang engineer yang berenti keje kerana minat dalam pertanian. MOTO yang beliau genggam sekarang ialah 'CARI DUIT NAK KAWIN' hehehe...'gud luck bro!! Smoga dipermudahkan segala urusan. INSYA'ALLAH...