Tuesday, October 7

RESIPI BOKASHI/KOMPOS

RESIPI BOKASHI/KOMPOS

Bahan-bahan = tahi kambing + EMAS + sisa tumbuhan + molasses + kapur pertanian.
Baja bokashi/kompos ini saya pelajari dari pakar EM merangkap sifu saya iaitu Kak Melor. Di bawah ini adalah gambar baja tahi kambing yang siap dicampur dan diperam. Baja ni saya letak atas tanah jer kemudian ditutup dengan guni baja.

Baja ini dah diperam selama 2minggu. Suhunya hangat macam tahi ayam. Bau tahi kambing dah hilang. Cuma ada bau sengit sikit. Saya balik-balikkan setiap 2hari. Selepas beberapa hari diperam, kulapuk putih(macam tempe) mula tumbuh pada butir-butir tahi kambing tersebut. Saya campurkan sisa tumbuhan(batang&daun pisang dicincang) sebagai bahan campurannya.

Sebenarnya baja ni adalah bancuhan kali ketiga. Yang sebelum ni semuanya gagal. Tapi, oleh kerana tak puas hati, saya cuba buat jugak. Sebelum ni saya simpan dalam tong kedap, tapi kurang menjadi mungkin sebab terlebih kandungan air dan kurang peredaran udara(not sure).

Terima kasih tak terhingga buat Kak Melor diatas tips yang sangat berguna dan membantu:). Saya akan terus cuba memperbaikinya.




BMW (bacterial mineral water)


Di bawah ini pula adalah eksperimen saya untuk membuat BMW(bacterial mineral water). Bahan yang saya gunakan ialah kompos t.kambing + kapur pertanian + EMAS. Campurkan semua bahan-bahan tersebut kedalam bekas yang boleh meresap air dan ikat.


Kapur pertanian (murah punyerrr) Baja kompos (tahi kambing)

Semburkan EMAS

Ikat dengan kemasBaja yang dibungkus berbentuk seperti uncang dan terus sahaja direndam dalam tangki simpanan air siraman. Bekalan air saya dapatkan dari kolam ikan yang berdekatan.


Tangki air siraman

Rendamkan di dalam tangki Sepatutnya perlu ditambah dengan batu-batuan, tapi saya tak letakpun, just gunakan bahan-bahan yang dah ada jer. Menurut Sifu, BMW ini sesuai digunakan pada pokok lada.

Inilah model pokok cili saya

Belum cuba belum tau kan. Kalau hasilnya baik, bolehlah digunakan untuk membaja serai pula lepas ni..thanks again to Kak Melor :)