Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua :D
Seperti biasa, kali ini kami sekali lagi ingin membentangkan hasil kerja ladang kami untuk tatapan dan komen para pembaca sekalian. Smoga kita semua akan terus bekerjasama dalam memberikan nasihat dan panduan dalam bidang pertanian.
Gambar-gambar berikut ini adalah sekitar projek tanaman kacang buncis pertama kami...
Kerja-kerja menyemai benih dijalankan pada 30/01/2010...
Benih buncis berumur 1-2 hari...

Benih Buncis berumur 3-4 hari...

Benih buncis berumur 5-8 hari...
Ini pula gambar2 sekitar projek tanaman sayur daun. Kami menanam 2jenis sayur daun iaitu kangkung dan bayam daun panjang kerana permintaan yang tinggi oleh kedai2 runcit berdekatan. Sayur jenis ini juga mudah ditanam, cepat membesar dan mampu menjana pendapatan harian yang menguntungkan.
Akhir sekali kami ingin menyelitkan sedikit gambar edible garden disekitar rumah kami sekadar untuk dijadikan hobi masa lapang disamping mengkaji, mempelajari sifat2 tanaman dan kaedah pembajaan yang sesuai mengikut jenis tanaman. Kami menggunakan polibeg dengan medium tanaman iaitu 3tanah+2pasir+1kompos. Jenis2 tanaman pula kobis bulat, cili kampung, bendi dan tomato ceri. Kami sengaja menggunakan polibeg berbanding menanam terus ke tanah untuk memudahkan proses kajian dan kawalan. Penggunaan polibeg juga menjadikan laman rumah lebih teratur dan bersih.






Semoga dengan usaha dan kesabaran melalui ujian-Nya, kita akan dapat menempuh umur kehidupan yang penuh keberkatan, memperoleh rezeki yang halal dan sentiasa sejahtera dalam keredhaan-Nya...Amiinn....
Wassalam...