Monday, December 28

PERTANIAN DARI SEGI PERSPEKTIF ISLAM


PERTANIAN DARI SEGI PERSPEKTIF ISLAM
(BILANGAN 147 BAHAGIAN AKHIR)


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah


Galakkan Islam Kepada Bidang Pertanian

Bagi umat Islam, kegiatan di dalam bidang ini merupakan di antara cara yang mudah bagi mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala di samping mendapat manfaat atau pendapatan yang halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.

Ulama berselisih pendapat mengenai usaha yang paling baik, sama ada usaha daripada perniagaan, pertukangan ataupun pertanian. Menurut Imam An-Nawawi dalam Shahihnya, pekerjaan yang baik dan afdhal ialah pertanian. Inilah pendapat yang sahih kerana ia merupakan hasil tangannya sendiri dan ia juga memberi manfaat kepada diri sendiri, umat Islam dan kepada binatang. Di samping itu bidang pertanian juga membawa para petani kepada sifat tawakkal. (Al-Majmuk: 9/54 & Shahih Muslim Syarh Imam An-Nawawi)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan mengenai pahala dan ganjaran orang-orang yang menjalankan bidang pertanian ini sebagaimana riwayat Anas bin Malik, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Tiada seorang Muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang melainkan bagi dirinya daripada tanaman itu pahala sedekah”

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dalan riwayat yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah dalam riwayat yang lain: “melainkan dia akan menerima pahala sedekah hingga hari Kiamat”.

(Hadis riwayat Muslim)

Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Imam An- Nawawi bahawa hadis-hadis yang dinyatakan di atas adalah penjelasan mengenai fadilat (kelebihan) bercucuk tanam dan ganjaran bagi orang yang melakukannya itu berterusan hingga hari Kiamat selagi tanaman itu masih kekal.

Dalam hadis marfu‘ pula, daripada riwayat Abu Ayyub Al-Anshari, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman melainkan Allah Azza Wajalla menetapkan baginya ganjaran pahala sebanyak jumlah yang dihasilkan oleh tanaman tersebut”.

(Hadis riwayat Ahmad)

Oleh itu mengusahakan hasil bumi dengan bertani dan menjayakan tanah terbiar merupakan satu cara mendapatkan punca pendapatan yang halal lagi sah di sisi Islam.

Menurut sejarah Islam, setelah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, Baginda telah menggalakkan usaha pertanian agar ditingkatkan. Bumi Madinah ketika itu sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Dalam hubungan ini, kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah di dalam usaha-usaha pertanian. Hal seumpama ini sesuai dengan riwayat Rafi‘ bin Hadij bahawa di zaman Rasulullah telah diingatkan oleh beberapa orang bapa-bapa saudara Baginda iaitu Rasulullah melarang daripada perkara yang memberi manfaat kepada kami, lalu kami bertanya: Apakah perkara tersebut?:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi.”

(Hadis riwayat Abu Dawud)

Hakikat betapa Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas daripada peruntukkan yang ada di dalam syariah. Sebagai contoh, sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah terbiar dengan jayanya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan berdasarkan pendapat kebanyakan ulama. Peruntukkan ini jelas memberi intensif kepada pengusaha-pengusaha bidang pertanian yang mengusahakan tanah terbiar atau mati. Perkara ini disebutkan dalam riwayat Aisyah Radhiallahu ‘anha, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya”.

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Walau bagaimanapun kita telah pun mempunyai peraturan atau undang-undang tanah, maka tidaklah boleh menggunakan tanah dengan sewenang-wenangnya melainkan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

Menanam Tanaman Haram Dan Membahayakan

Walaupun Islam sangat menggalakkan sektor pertanian, namun Islam melarang aktiviti-aktivit pertanian yang dijalankan bagi tujuan yang meragukan atau tidak sah menurut Islam seperti menanam anggur bagi tujuan membuat minuman keras, penjualan dan pengeluaran bahan-bahan yang memudaratkan manusia seperti penanaman ganja serta lain-lain tumbuhan yang mengandungi racun.

Dalam kitab al-Majmuk ada membincangkan kedudukan sama ada boleh atau tidak seseorang menjual anggur yang ditanamnya kepada seseorang yang diketahui akan atau kelazimannya menggunakan anggur itu bagi membuat minuman keras, maka pendapat yang shahih adalah haram bagi orang berkenaan menjual anggurnya kepada pembeli tersebut. (Al-Majmuk: 9/334) Walaupun menanam anggur pada asasnya diharuskan tetapi apabila jelas hasilnya itu akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan, maka para petani perlulah berhati-hati ketika menjualkannya supaya ia bukan penyumbang kepada perkara yang diharamkan itu.

Begitulah kedudukannya dengan lain-lain hasil pertanian seperti ternakan, prinsip ini hendaklah dipegang demi memastikan bahan-bahan yang dikeluarkan itu tidak disalahgunakan bagi tujuan-tujuan yang tidak diharuskan oleh syarak.

Pemasaran Hasil Pertanian

Dalam Islam kegiatan memonopoli dan menyorok sesuatu barangan (ihtikar) terutamanya barang makanan tidak dibenarkan dalam Islam. Dalam sebuah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda:

Maksudnya: “Jangan melakukan perbuatan memonopoli (kerana) perbuatan itu dilakukan oleh orang-orang yang berdosa”.

(Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga dengan kegiatan orang tengah yang mengambil kesempatan di dalam urusan pemasaran sesuatu barangan termasuk barang makanan. Kerana itu Islam melarang urus niaga yang dinamakan talaqqa ar-rukban iaitu kegiatan menemui para pengeluar barangan termasuk para petani di luar bandar dan membeli barangan mereka sebelum mereka sampai ke bandar atau pekan dan mengetahui harga pasaran sebenar, dalam makna yang lain membeli dengan harga yanh murah dan menjualnya dengan harga yang mahal, sehingga akhirnya akan menjejas kepentingan pengguna. Menurut Khatib as-Syarbini sah urus niaga tersebut jika tidak bermaksud sedemikian. (Mughni Al-Muhtaj: 2/36) Perkara ini adalah berdasarkan larangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya:

Maksdunya: “Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Jangan kamu membeli dagangan secara rukban (barang dagangan yang masih berada di atas kenderaan untuk dijual)”.

(Hadis riwayat Al-Bukhari & Abu Dawud)

Penutup

Penjelasan di atas menggambarkan bahawa Islam memberi perhatian dan sangat menggalakkan kepada sektor pertanian. Malahan Islam memberi panduan dalam memastikan segala aktiviti pertanian iaitu bermula daripada projek dijalankan hinggalah kepada proses pemasaran dan jualan menurut garis panduan yang jelas dan adil demi mengelakkan perbalahan di antara penjual dan pembeli.

Walau bagaimanapun, perhatian tidak seharusnya diberikan hanya kepada sektor ini dengan mengabaikan kepentingan sektor-sektor lain kerana matlamat utama kita ialah mencapai keseimbangan di dalam segala bidang untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam rangka membangun negara dan ummah.

Friday, December 25

Mini Tractor ISEKI TS2202



Salam Maal Hijrah buat semua rakan bloggers...

Alhamdulillah, Mini Tractor ISEKI TS22o2 yang di tempah minggu lepas telahpun sampai di ladang saya jam 12 t/hari tadi. Harapan saya supaya dengan adanya jentera ini akan dapat melancarkan lagi kerja-kerja penyediaan tapak di ladang. Agak kekok juga nak kendalikan jentera ni coz saya mmg tidak ada pengalaman mengendalikan jentera sebelumnya.

Model contoh...

Testing power...


Ini pula pilihan kawan saya...hehehe

Inilah model asal sblm diservis dan cat baru...
Sekian...berjumpa lagi di lain hari...
Wassalam...

Monday, November 16

Projek Timun (update)

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Kita berjumpa lagi kali ini dengan sedikit perubahan tajuk tanaman iaitu TIMUN.

Setelah setahun setengah berkecimpung dalam dunia serai, saya mula rasa kerugian dari segi masa, modal dan tenaga. Bukan kerana serik dengan serai, cuma ingin mencari peluang untuk memanfaatkan modal, tenaga dan masa dalam mengusahakan tanaman sayuran jangka pendek.

Kawasan untuk tanaman timun adalah lebih kurang 1 ekar sahaja.
Kerja-kerja penyediaan tapak sedang giat dijalankan. Buat masa ini, kami sedang sibuk mencari kayu pancang untuk membuat para@junjung. Kerja kami menjadi agak mudah kerana kayu-kayu tersebut berada sangat hampir dengan tapak projek kami.





Sekian, salam mesra dari saya. Berjumpa lagi di lain hari.
Wassalam.

Saturday, October 31

SERAI UNTUK DIJUAL!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Pengumuman untuk semua rakan tani...
Serai seluas 2 ekar berumur 6bulan telah siap untuk dipasarkan.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan.

Harga Serai Bersih RM1.50

Harga Serai Kotor RM1.00


Harga boleh runding mengikut kuantiti tempahan.

Harga tidak termasuk pengangkutan.

Urusniaga tunai sahaja.

Sekian terima kasih...

Wassalam...

Thursday, May 21

Sekejap di Felda Palong 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan rakan.
Berikut adalah sedikit catatan yang sempat kami rekodkan sepanjang kursus selama 1minggu di Felda Palong 9 di bawah program 'Tunas Mekar' anjuran Jabatan Pembangunan Usahawan Wisma Felda, Kuala Lumpur.

Terlalu banyak cerita yang menarik sepanjang kursus kami pada kali ini. Bermula dengan kejutan keindahan rumah-rumah peneroka dan keceriaan kawasan kampung hinggalah kepada kemesraan dan sikap kerjasama masyarakatnya yang tentunya membuat hati kami senang dan aman sepanjang berkursus di sana. Mudah kata, andai diberi kesempatan, ingin sekali kami melanjutkan kursus bersama Ayahnda kami yang tinggi budi pekertinya juga banyak pengalamannya itu. Semoga diberkati segala ilmu ayahnda dan dimurahkan rezekinya sekeluarga....Amiinn..... :)


Inilah gambar teratak Ayahnda yang membuatkan kami tertoleh-toleh, terpandang-pandang dan tertanyo-tanyo dibueknyo...ingatkan tersalah rumah ke....hehehehe....





Lokasi tapak semaian ini berada betul-betul dihadapan rumah ayahnda.

Tu dia hasil berbudi pada tanah...hari-hari makan kacang...hehe


Grading hasil untuk dihantar ke FAMA


Peserta khusyuk mendengar taklimat oleh 'mambang'.

Sesi lawatan di ladang fertigasi senior Tunas Mekar.

Sempat berposing bersama partner teman, Mr.Am :)


Itulah dia wajah-wajah bakal usahawan felda...Insya'Allah....
















Bersama ayah angkat kami(baju merah bersongkok), Wak Min.


Bersama pegawai felda dan pengurus program Tunas Mekar.
Kenang-kenangan bersama Ayahnda sebelum bertolak pulang......
(bakal duta digi tu :D )
Terima kasih tak terhingga buat tuan rumah, En. Othman Hj Parman atau nama garangnya Panglima Air atau nama gelarannya Pak Lurah atau nama manjanya yang menjadikan program kami terasa lebih mesra iaitu Ayahnda.

Terima kasih juga kepada semua warga Wisma Felda Kuala Lumpur terutamanya En. Abidin Abd. Rahman, Pn. Khadijah, Pn. Hjh. Norhayati dan semua pegawai yang bersungguh-sungguh membantu kami yang hanya di 'pinggiran' ini. Andai ada umur yang panjang, semoga kita dapat bertemu lagi di lain masa. Insya'Allah.
Sekian untuk tatapan kali ini.. Wassalam...

Sunday, May 17

KELEDEK, SERAI DAN CILI


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Tobie mohon maaf kerana lewat mengemaskini blog ini kerana kesibukan dengan kursus dan kerja-kerja di ladang. Berikut ini ada sedikit gambar sekitar projek keledek, serai dan cili di ladang kami.












Pokok cili masih dalam tapak semaian, keledek pula dijangka tuai pada awal Julai depan, manakala serai baru berusia 1bulan lebih. Sekarang kami sedang sibuk dengan kerja-kerja pengurusan dan pembersihan kawasan projek. Semoga berjumpa lagi di lain masa.
Terima kasih atas sokongan semua :D Wassalam....