Sunday, January 31

Update : Projek Buncis, Sayur Daun & Piping System

Assalamualaikum... :D
Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak-Nya...
Perjalanan projek timun telah kami ubah kepada tanaman buncis sepenuhnya kerana faktor cuaca dan harga yang rendah buat masa sekarang. Kami memilih buncis sepenuhnya kerana memikirkan harganya di pasaran lebih stabil dan menjamin berbanding timun. Kami cuba menyesuaikan jenis tanaman dengan keadaan cuaca dan harga semasa.

Jika mengikutkan jadual asal, sepatutnya kerja-kerja menyemai buncis telah lama kami siapkan, namun disebabkan kami kekurangan masa dan pengalaman, maka banyak perkara-perkara teknikal yang melambatkan kerja-kerja tersebut. Perkara yang sama juga berlaku semasa pemasangan sistem siraman. Kami telah beberapa kali terpaksa mengubah pelan pemasangan sistem siraman mengikut kesesuaian kawasan dan rancangan masa panjang kami.

Sementara sibuk menyiapkan sistem siraman dan batas, sayur-sayuran dedaun percubaan kami telahpun membesar dengan suburnya. Buat masa ini tiada masalah serangan yang teruk untuk sayur dedaun yang mungkin disebabkan oleh kawasan tanaman kami yang jauh dari petani-petani lain.

Setakat ini, telah banyak perkara-perkara teknikal yang baru telah kami pelajari semasa melaksanakan kerja-kerja didataran. Terima kasih tak terhingga kepada semua rakan tani yang banyak memberi pandangan dan nasihat kepada kami. Semoga bertambah ilmu yang bermanfaat buat kita semua, insya'Allah...

Sekian dulu paparan kami buat kali ini. Semoga kita bertemu lagi dengan perkembangan kacang buncis dan sayur-sayuran lain pada masa akan datang. Wassalam...

Friday, January 1

Projek Timun & Buncis

Assalamualaikum dan selamat menyambut tahun baru 1431H bersamaan 2010M...
Smoga tahun yang lepas memberikan 1001 pengajaran untuk kita teladani agar minda makin jelas, agar hati lebih yakin.

Buat masa ini, kerja-kerja penyediaan tapak tanaman telah hampir siap. Oleh kerana cuaca tak menentu, kerja-kerja merotor tanah menjadi agak perlahan kerana faktor tanah yang basah dan melekat. Silvershine juga telah siap dipasang di semua bahagian para junjung. Dijangkakan kerja penyediaan tapak tanaman akan siap sepenuhnya ahad ini.

Kerja-kerja menyemai benih juga terpaksa kami tangguhkan kerana sistem pengairan kami yang masih belum lengkap dan lewat daripada jadual kerja yang kami rancangkan. Kelewatan ini berlaku kerana masalah modal 'tersangkut' yang sepatutnya kami gunakan untuk pembelian barang-barang 'piping', mesin dan sebagainya. Jika tiada aral, kami merancang untuk menyiapkan sepenuhnya sistem pengairan renjis pada tapak projek tersebut dalam masa 1minggu bermula isnin depan INSYA'ALLAH....

Berikut ini adalah antara gambar yang sempat kami 'snap' semasa kerja-kerja sedang dijalankan...

Smoga bertemu lagi di lain hari....
Ayuh kita mengejar kejayaan....
Wassalam...