Monday, November 16

Projek Timun (update)

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Kita berjumpa lagi kali ini dengan sedikit perubahan tajuk tanaman iaitu TIMUN.

Setelah setahun setengah berkecimpung dalam dunia serai, saya mula rasa kerugian dari segi masa, modal dan tenaga. Bukan kerana serik dengan serai, cuma ingin mencari peluang untuk memanfaatkan modal, tenaga dan masa dalam mengusahakan tanaman sayuran jangka pendek.

Kawasan untuk tanaman timun adalah lebih kurang 1 ekar sahaja.
Kerja-kerja penyediaan tapak sedang giat dijalankan. Buat masa ini, kami sedang sibuk mencari kayu pancang untuk membuat para@junjung. Kerja kami menjadi agak mudah kerana kayu-kayu tersebut berada sangat hampir dengan tapak projek kami.





Sekian, salam mesra dari saya. Berjumpa lagi di lain hari.
Wassalam.

Saturday, October 31

SERAI UNTUK DIJUAL!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Pengumuman untuk semua rakan tani...
Serai seluas 2 ekar berumur 6bulan telah siap untuk dipasarkan.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan.

Harga Serai Bersih RM1.50

Harga Serai Kotor RM1.00


Harga boleh runding mengikut kuantiti tempahan.

Harga tidak termasuk pengangkutan.

Urusniaga tunai sahaja.

Sekian terima kasih...

Wassalam...

Thursday, May 21

Sekejap di Felda Palong 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan rakan.
Berikut adalah sedikit catatan yang sempat kami rekodkan sepanjang kursus selama 1minggu di Felda Palong 9 di bawah program 'Tunas Mekar' anjuran Jabatan Pembangunan Usahawan Wisma Felda, Kuala Lumpur.

Terlalu banyak cerita yang menarik sepanjang kursus kami pada kali ini. Bermula dengan kejutan keindahan rumah-rumah peneroka dan keceriaan kawasan kampung hinggalah kepada kemesraan dan sikap kerjasama masyarakatnya yang tentunya membuat hati kami senang dan aman sepanjang berkursus di sana. Mudah kata, andai diberi kesempatan, ingin sekali kami melanjutkan kursus bersama Ayahnda kami yang tinggi budi pekertinya juga banyak pengalamannya itu. Semoga diberkati segala ilmu ayahnda dan dimurahkan rezekinya sekeluarga....Amiinn..... :)


Inilah gambar teratak Ayahnda yang membuatkan kami tertoleh-toleh, terpandang-pandang dan tertanyo-tanyo dibueknyo...ingatkan tersalah rumah ke....hehehehe....





Lokasi tapak semaian ini berada betul-betul dihadapan rumah ayahnda.

Tu dia hasil berbudi pada tanah...hari-hari makan kacang...hehe


Grading hasil untuk dihantar ke FAMA


Peserta khusyuk mendengar taklimat oleh 'mambang'.

Sesi lawatan di ladang fertigasi senior Tunas Mekar.

Sempat berposing bersama partner teman, Mr.Am :)


Itulah dia wajah-wajah bakal usahawan felda...Insya'Allah....
















Bersama ayah angkat kami(baju merah bersongkok), Wak Min.


Bersama pegawai felda dan pengurus program Tunas Mekar.
Kenang-kenangan bersama Ayahnda sebelum bertolak pulang......
(bakal duta digi tu :D )
Terima kasih tak terhingga buat tuan rumah, En. Othman Hj Parman atau nama garangnya Panglima Air atau nama gelarannya Pak Lurah atau nama manjanya yang menjadikan program kami terasa lebih mesra iaitu Ayahnda.

Terima kasih juga kepada semua warga Wisma Felda Kuala Lumpur terutamanya En. Abidin Abd. Rahman, Pn. Khadijah, Pn. Hjh. Norhayati dan semua pegawai yang bersungguh-sungguh membantu kami yang hanya di 'pinggiran' ini. Andai ada umur yang panjang, semoga kita dapat bertemu lagi di lain masa. Insya'Allah.
Sekian untuk tatapan kali ini.. Wassalam...

Sunday, May 17

KELEDEK, SERAI DAN CILI


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Tobie mohon maaf kerana lewat mengemaskini blog ini kerana kesibukan dengan kursus dan kerja-kerja di ladang. Berikut ini ada sedikit gambar sekitar projek keledek, serai dan cili di ladang kami.












Pokok cili masih dalam tapak semaian, keledek pula dijangka tuai pada awal Julai depan, manakala serai baru berusia 1bulan lebih. Sekarang kami sedang sibuk dengan kerja-kerja pengurusan dan pembersihan kawasan projek. Semoga berjumpa lagi di lain masa.
Terima kasih atas sokongan semua :D Wassalam....

Friday, April 3

BENIH SERAI UNTUK DIJUAL!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rumpun serai kami sudah cukup umur dan sekarang dalam musim menuai.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli benih serai dari kami bolehlah datang ke ladang kami di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor atau terus hubungi pihak kami di nombor 019-7166199 (tobie). Harga boleh dirunding bergantung kepada kuantiti.

Berikut adalah gambar-gambar terbaru dari ladang kami.

GAMBAR LADANG KAMI 1EKAR+++


SERAI BERUMUR 7BULAN


Harga benih adalah berpatutan mengikut harga semasa di kawasan kami.
Anda digalakkan untuk membuat survey harga ditempat-tempat lain juga.
Kami sediakan 2 harga yang berlainan mengikut keadaan benih seperti di dalam gambar dibawah :


(SIAP DIBERSIHKAN) RM1.80/KG




(BELUM DIBERSIHKAN) RM1.60/KG

Maaf, kemudahan PENGANGKUTAN tidak disediakan.
Segala kelemahan dan kekurangan pihak kami amat dikesali.
Sekian terima kasih. Wassalam :D

Sunday, March 29

Kambing lagi...


Salam untuk semua...
semoga berbahgia mendapat rahmat Tuhan Yang Esa...

Sebenarnya dah lama nak upload gambar kambing yang baru masuk nih tapi tak ada kesempatan nak ambil gambar...biasanya datang kandang jenguk-jenguk jer..hehe...

Kambing ini adalah dari jenis boer f5/f6.
Kedua-duanya betina...tak beri namapun lagi...


Kepada sesiapa yang beminat untuk ternakan dan sembelihan bolehlah berurusan dgn tauke kambing dari PB Ramunia
ni.

sekian sahaja untuk kali ini...
see u next post..
salam mesra dari tobie :D
wassalam....

Thursday, March 12

Projek Serai Gajah II Bermula!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelawat dan rakan blogger...
Seperti biasa, kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang projek serai gajah yang telah agak lama tertangguh kerana musim kemarau yang lalu. Memandangkan cuaca telah kembali pulih, kami telah kembali semula mengerjakan projek serai gajah tersebut.

Target kami dalam sebulan ini adalah untuk menyiapkan tanaman serai dan keledek seluas 4 ekar. Oleh itu bulan ini hingga bulan depan kami akan agak sibuk. Terlalu banyak yang perlu di uruskan. Harap semuanya berjalan lancar. Insya'Allah.

Berikut ini adalah sedikit gambar yang telah saya rakamkan semasa kerja2 menanam benih.


Proses mencabut benih dan membuang daun.


Benih serai yang baru dipotong akar dan daunnya.


Tapak projek yang baru di tanam dengan benih serai gajah.



Mohon maaf kerana kami kesuntukan masa...
Saya akan update gambar2 terbaru dari semasa ke semasa...
terima kasih...
wassalam...