Saturday, January 24

Projek Keledek


Asssalalmualaikum dan salam sejahtera buat semua :D
Projek tanaman keledek ini masih dalam proses penyediaan tapak. Kerja-kerja pembajaan asas telahpun selesai. Baja asas akan diperam/dibiarkan selama setengah bulan sebelum proses penanaman benih keledek dilakukan. Dalam tempoh pemeraman baja asas tersebut akan digunakan untuk proses meracun lalang dan mengapur tanah. Saya turut dibantu oleh partner saya juga seorang petani muda yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian ini.

MENGGEMBUR TANAH


BUAT BATAS

TAHI AYAM REBAN

MENGAGIH BAJA


Berikut ini pula adalah gambar ladang keledek kerepek berdekatan projek keledek kami.



Inilah Mr.Am selaku partner saya, rajin juga orangnya :D Gaya seorang engineer yang berenti keje kerana minat dalam pertanian. MOTO yang beliau genggam sekarang ialah 'CARI DUIT NAK KAWIN' hehehe...'gud luck bro!! Smoga dipermudahkan segala urusan. INSYA'ALLAH...

4 comments:

amrisime said...

kat mana projek keledek ni? tanam keledek pakai benih ke?

Anonymous said...

projek ni kat zon pertanian felda lok heng. kat kampung saya. tanam keledek guna keratan batang. lebih kurang sama dengan ubi dan tebu juga. :D

Anonymous said...

wow..mcm2 la projek ko ni..boleh la sat nti guide aku plak..

tobie said...

bukan mengajar tapi kita berkongsi ilmu...
saya pun masih setahun jagung lagi dalam pertanian nih...hehehe