Sunday, February 7

Update : Projek Buncis, Tuai Sayur Daun & Edible Garden


Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua :D
Seperti biasa, kali ini kami sekali lagi ingin membentangkan hasil kerja ladang kami untuk tatapan dan komen para pembaca sekalian. Smoga kita semua akan terus bekerjasama dalam memberikan nasihat dan panduan dalam bidang pertanian.

Gambar-gambar berikut ini adalah sekitar projek tanaman kacang buncis pertama kami...
Kerja-kerja menyemai benih dijalankan pada 30/01/2010...

Benih buncis berumur 1-2 hari...

Benih Buncis berumur 3-4 hari...


Benih buncis berumur 5-8 hari...

Ini pula gambar2 sekitar projek tanaman sayur daun. Kami menanam 2jenis sayur daun iaitu kangkung dan bayam daun panjang kerana permintaan yang tinggi oleh kedai2 runcit berdekatan. Sayur jenis ini juga mudah ditanam, cepat membesar dan mampu menjana pendapatan harian yang menguntungkan.
Ini pula gambar ketika kerja2 menuai dan membuat batas dijalankan.Bagi mereka yang berminat untuk membuat tanaman sayur daun, jadual tanaman adalah sangat penting untuk memenuhi kehendak pelanggan. Kerja2 menuai juga memerlukan komitmen dari segi masa dan kemahiran untuk menjamin kualiti dan masa penghantaran kepada pelanggan.

Akhir sekali kami ingin menyelitkan sedikit gambar edible garden disekitar rumah kami sekadar untuk dijadikan hobi masa lapang disamping mengkaji, mempelajari sifat2 tanaman dan kaedah pembajaan yang sesuai mengikut jenis tanaman. Kami menggunakan polibeg dengan medium tanaman iaitu 3tanah+2pasir+1kompos. Jenis2 tanaman pula kobis bulat, cili kampung, bendi dan tomato ceri. Kami sengaja menggunakan polibeg berbanding menanam terus ke tanah untuk memudahkan proses kajian dan kawalan. Penggunaan polibeg juga menjadikan laman rumah lebih teratur dan bersih. Sekian sahaja tatapan untuk kali ini...kita berjumpa lagi dilain entry...
Semoga dengan usaha dan kesabaran melalui ujian-Nya, kita akan dapat menempuh umur kehidupan yang penuh keberkatan, memperoleh rezeki yang halal dan sentiasa sejahtera dalam keredhaan-Nya...Amiinn....
Wassalam...

3 comments:

Abd Ghani said...

Salam.

Abg saja je nak komen. Kenapa polibeg tu warna hitam? kenapa tak orren ke, kuning ke, kelabu asap, purple ke? ha, jawab tobie..jgn tak jawab

Mohd Noh Basri, said...

salam Abg Abd Ghani :)
pertama sekali sy guna polibeg hitam sebab harganya murah berbanding yang putih. Dari segi kesan kepada tanaman pula, polibeg hitam lebih menyerap haba panas matahari berbanding polibeg putih. Tapi pada hemat saya, mana2 jenis pun sama jer. Jika nak jaga medium tanaman supaya tak panas, pasangkan saja netting penapis cahaya matahari di kawasan tanaman. Itu lebih praktikal dan berkesan. Sekali lagi, yg paling penting ialah kadar siraman dan penjagaan pokok dari serangan penyakit dan serangga. Selain itu kenalah kaji atau bertanya kepada pakar fertigasi :) tq....

nor said...

saya try buat edible garden, tapi tak menjadi sangat kerana kena serang dgn white flies, ulat dll. tanam kobis baru berdaun tp ulat dah buat ulam daunnya, tomato pun sama. sakit hati tauu...camna nak buat dgn serangga sume nih? ada petua tak. saya suka tgk pokok u tanam molek jer sumenya