Friday, January 1

Projek Timun & Buncis

Assalamualaikum dan selamat menyambut tahun baru 1431H bersamaan 2010M...
Smoga tahun yang lepas memberikan 1001 pengajaran untuk kita teladani agar minda makin jelas, agar hati lebih yakin.

Buat masa ini, kerja-kerja penyediaan tapak tanaman telah hampir siap. Oleh kerana cuaca tak menentu, kerja-kerja merotor tanah menjadi agak perlahan kerana faktor tanah yang basah dan melekat. Silvershine juga telah siap dipasang di semua bahagian para junjung. Dijangkakan kerja penyediaan tapak tanaman akan siap sepenuhnya ahad ini.

Kerja-kerja menyemai benih juga terpaksa kami tangguhkan kerana sistem pengairan kami yang masih belum lengkap dan lewat daripada jadual kerja yang kami rancangkan. Kelewatan ini berlaku kerana masalah modal 'tersangkut' yang sepatutnya kami gunakan untuk pembelian barang-barang 'piping', mesin dan sebagainya. Jika tiada aral, kami merancang untuk menyiapkan sepenuhnya sistem pengairan renjis pada tapak projek tersebut dalam masa 1minggu bermula isnin depan INSYA'ALLAH....

Berikut ini adalah antara gambar yang sempat kami 'snap' semasa kerja-kerja sedang dijalankan...

Smoga bertemu lagi di lain hari....
Ayuh kita mengejar kejayaan....
Wassalam...


4 comments:

Pak Lurah Palong 9 said...

ANAK ANAK KU

Sememang anda tergulung orang orang yang rajin dan mahu berusha demi mengejar cita cita ingin menjadi insan insan yang dihormati dan di sayangi,gunakan lah ilmu yang ada latih latih saban hari nanti ianya akan bertambah kalau kita biarkan tak mahu mencuba pastinya ia nya akan hilang demikian pesanan si mambang ,

Anonymous said...

Terima kasih ayahnda kerna sudi berkunjung :D
terima kasih juga kerna nasihat dan ilmu yang telah dicurahkan...
anaknda akan ingat segala pesan mambang tu :D hehehe....

Hafez said...

syabas dn tahniah..! Semoga berjaya..nti boleh ajar aku plak..hehehe.

Anonymous said...

boleh jer bro...
insya'Allah :D