Thursday, November 20

MY THIRD BOKASHI : hari pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
Pagi ini saya telah siap membancuh baja bokashi kali ketiga sepanjang saya mempelajarinya. Cumanya kali ini ada sedikit perubahan bahan yang saya gunakan berbanding dengan bokashi yang sebelumnya. Antaranya adalah seperti yang tertulis dibawah.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN :
1. 1 liter EMAS (EM yang telah diaktifkan)
2. Molasses (1liter)
3. 10kg Kapur pertanian (Hydrated lime)
4. 5kg Zeolite
5. 1 guni sisa tumbuhan (daun serai dipotong-potong)
6. Air sungai (2 baldi)
7. Tahi kambing (6 guni)
8. Tahi ayam (6 guni)


Dari kanan: zeolite, kapur, EMAS+molasses+air

Daun serai dipotong-potong sebagai sisa tumbuhan...

Contoh zeolite yang saya gunakan...RM33/25kg
Tahi kambing segar dari ladang....

Tahi ayam juga segar dari ladang....
Cara-cara membancuh bahan-bahan tadi tidaklah sukar....tidak perlu ditumis atau digoreng...
Just campurkan semua bahan dan gaul rata....

Agak-agak dan rata barulah disiram dengan EMAS+molasses+air tadi...
Selepas disiram, gaulkan semula semua bahan-bahan tadi untuk meratakan kelembapan
dah siappun BOKASHI...simple tapi sikit cerewet la...hehe...

Dah siap semua barulah boleh posing....heheheh....4beradik 1kepala....ngamm...Jangan lupa last sekali mestilah ditutup dengan guni supaya tidak terdedah secara terus oleh cahaya matahari kerana bakteria baik/EMAS akan mati kalau terkena sinaran UV. Ia juga bagi mengelakkan dari terkena air hujan terutama pada musim hujan sekarang ni.

Balik-balikkan bokashi tersebut setiap 2hari...
Bokashi tersebut akan mula jadi panas selepas sehari.
Biasanya akan kelihatan asap nipis keluar dari timbunan bokashi apabila kita membuka guni penutup tersebut. Ini menandakan bakteria baik/EMAS yang telah disiram sedang bertindakbalas dengan bahan-bahan yang telah dicampurkan tadi.

Untuk mempelajari kaedah-kaedah istimewa membuat bokashi dan banyak lagi ilmu berkaitan baja organik ini saya mencadangkan rakan-rakan blogger semua untuk melawati blog sifu saya BOKASHI FARMER di sini.

Sekian saja untuk kali ini...
Andai ada kesempatan saya akan update hasil bokashi saya pada masa-masa akan datang...
Terima kasih buat semua dan ceria-ceria selalu :D
Wassalam...

2 comments:

Anonymous said...

wow tobie
kau mmg seorg yg berani mghadapi cabaran. syabas!
nak tambah skt tips:
1.tutup dgn guni tu sbb nak elak hujan, bila air tlebih, kompos lambat masak. kandgn air yg sesuai ialah 60% kelembapan.kalau tak tutup pun kompos masak jg
2. emas mmg akan mati kalau terdedah kepada UV, tetapi dia blh menyesuaikan diri. time panas matahari EM akan turun 3kaki bawah tanah. malam dia akan naik makan.
3. kalau projek ini masih dlm eksperimentasi, dan suhu tak naik dalam 2-3hari, tambah EMAS dan gula merah. biasa la benda2 mcm tu sbb mgkn pengaruh nisbah bahan2 kita

p.s: kirim salam kat adik2 yg kiut miut tu..

Anonymous said...

hehe..tengkiu:D
Sume tu hasil tunjuk ajar Melor juga..
Thanks 4 da tips..
Tak tau pulak rupa2nya EM tu boleh jalan2 turun naik yek :)hehe
Mengikut pemerhatian saya, bokashi ni mmg cepat masak bila cuaca panas, cuma kelembapannya mesti terjaga.
Bahagian paling panas biasanya ialah ditengah2 timbunan bokashi tu..