Assalamualaikum... :D
Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak-Nya...
Perjalanan projek timun telah kami ubah kepada tanaman buncis sepenuhnya kerana faktor cuaca dan harga yang rendah buat masa sekarang. Kami memilih buncis sepenuhnya kerana memikirkan harganya di pasaran lebih stabil dan menjamin berbanding timun. Kami cuba menyesuaikan jenis tanaman dengan keadaan cuaca dan harga semasa.
Jika mengikutkan jadual asal, sepatutnya kerja-kerja menyemai buncis telah lama kami siapkan, namun disebabkan kami kekurangan masa dan pengalaman, maka banyak perkara-perkara teknikal yang melambatkan kerja-kerja tersebut. Perkara yang sama juga berlaku semasa pemasangan sistem siraman. Kami telah beberapa kali terpaksa mengubah pelan pemasangan sistem siraman mengikut kesesuaian kawasan dan rancangan masa panjang kami.
Sementara sibuk menyiapkan sistem siraman dan batas, sayur-sayuran dedaun percubaan kami telahpun membesar dengan suburnya. Buat masa ini tiada masalah serangan yang teruk untuk sayur dedaun yang mungkin disebabkan oleh kawasan tanaman kami yang jauh dari petani-petani lain.
Setakat ini, telah banyak perkara-perkara teknikal yang baru telah kami pelajari semasa melaksanakan kerja-kerja didataran. Terima kasih tak terhingga kepada semua rakan tani yang banyak memberi pandangan dan nasihat kepada kami. Semoga bertambah ilmu yang bermanfaat buat kita semua, insya'Allah...
Sekian dulu paparan kami buat kali ini. Semoga kita bertemu lagi dengan perkembangan kacang buncis dan sayur-sayuran lain pada masa akan datang. Wassalam...
Sunday, January 31
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment