Wednesday, September 24

Salam Ramadhan...Salam Perkenalan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelawat blog D'honestFarm :)

Pertama sekali sebagai seorang muslim marilah kita sama-sama mengeratkan silaturrahmi antara sesama hambaNya dengan membudayakan setiap pertemuan dan perbualan dengan kalimah SALAM. Semoga saya mampu bermula dengan baik, istiqamah dengan yang baik dan berakhir juga dengan yang baik..insya'Allah... Alhamdulillah pada tarikh 24September2008 bersamaan 23Ramadhan1429H secara rasminya saya menjadi seorang blogger dan tulisan ini adalah entry sulung, juga sebagai entry perkenalan kepada rakan-rakan pelawat dan bloggers.


D'honestFarm hanyalah sebuah nama yang tercetus sebagai 'motivasi' dan 'peringatan' kepada diri saya sendiri supaya sentiasa 'be honest' dalam semua perlakuan dan urusan kerna ia adalah salah satu prinsip hidup yang sedang saya semai dalam perjuangan ini. Saya yakin dengan apa yang saya percaya baha
wa kejujuran adalah komponen akhlak yang membentuk jatidiri seorang muslim untuk lebih maju dan berintegriti. Manakala 'Farm' itu lebih mencerminkan bidang kerja saya buat masa ini yang banyak bergiat dalam bidang pertanian dan penternakan sepenuh masa atau dengan ayat yang lebih mudah, "saya adalah seorang peladang"..(bukan seladang yee :) hehe )


Saya telah mula bergiat dalam dunia penternakan dan pertanian sejak berada di bangku sekolah rendah, malah saya tidak malu mengaku sebagai seorang anak peneroka felda yang telah bergelumang dalam suasana ladang sejak saya masih menyusu lagi. Jiwa saya lebih damai dengan kehijauan dan kesegaran embun pagi dalam suasana kampung kerana suasana inilah yang banyak mengajar saya tentang erti hidup. Fitrah semulajadi itu adalah suatu kedamaian..


Akhirnya dalam kesempatan bulan Ramadhan yang masih berbaki ini, saya mengucapkan selamat melaksanakan ibadah puasa dan semoga kita mendapat keampunan,keberkatan dan keredhaan Allah dalam semua lapangan kehidupan sebagai hambaNya.


"Hiduplah dengan kejujuran kerna padanya ada kedamaian"

Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)
peaceeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :D