Monday, October 20

Kisah Pak Haji dan Ah Chong…

Salam pertemuan semua....Sekali lagi saya bawakan kisah ini untuk renungan bersama...



Mari kita pinjam kisah Pak Haji dan Ah Chong…


Pak Haji mengerjakan haji. Sebelum itu juga beliau telah selesai sempurna solatnya, puasanya dan zakatnya. Soalan “apa erti saya menganut Islam”, telah Pak Haji jawab dengan mematuhi rukun-rukun dan syarat Islam.


Pak Haji menanam jagung.


Turun ke kebun jam 10 pagi, selepas selesai solat sunat Dhuha. Benih dipilih, dibenam ke bumi, air disiram, Pak Haji balik ke rumah dan bersolat lagi.


Di seberang sana ada seorang lagi pekebun jagung bernama Ah Chong. Jangankan haji, halal haram dan solat pun dia tidak mengerti. Tidak pernah dipeduli. Soalan “apa erti saya menganut Islam” bukan soalan hidupnya, kerana hidupnya hanya pada makan, minum, tidur, kerja, rehat, kahwin.


Ah Chong menanam jagung.


Turun ke kebun jam 7 pagi. Masih ‘kufur’ seperti sebelum tidurnya malam tadi. Dengan dada yang kosong dari sebarang agama, Ah Chong memilih benih terbaik. Ditanam semolek mungkin ke dalam tanah yang dibentuk batas. Dibuat saluran air, agar lebihan siram tidak bertakung merosakkan benih. Batas dilindung dengan rumput kering selepas baja ditabur mengikut sukatannya. Pagar kebun diperiksa, agar jangan kambing yang hidupnya juga makan, minum, kerja, rehat dan ‘kahwin’ merempuh masuk memakan anak pokok jagung si Ah Chong. Tepat jam 12 tengah hari, Ah Chong bersandar di pondok usang, berehat dan makan menanti petang.


Setiap hari Pak Haji dan Ah Chong mengulang perbuatan yang sama hingga genap 50 hari untuk menuai.


Jawablah soalan “apa erti saya menanam jagung?” melalui hasil tuaian masing-masing. Siapakah yang lebih mendapat makna dari persoalan itu?


Dengan yakin, kita boleh menjawab bahawa kebun jagung Ah Chonglah yang makmur dan sejahtera.


Soalnya siapakah yang menumbuhkan jagung?


Allah…


Soalnya siapakah antara mereka berdua yang menyembah Allah?


Pak Haji…


Mengapa Allah tumbuhkan pokok jagung Ah Chong dan bukannya pokok jagung Pak Haji?



Mengapakah sebagai seorang pekebun jagung, Ah Chong yang beroleh sejahtera dengan hasil tanaman yang lumayan? Sedangkan Pak Haji terus papa dan resah dengan keperluan hidup yang tidak pernah cukup?




MUSLIM DI LADANG JAGUNG

 Jika Muslim itu bermaksud tunduk dan berserah kepada Allah, siapakah yang Muslim di medan menanam jagung ini? Pak Haji atau Ah Chong?


Mungkin soalannya seperti suatu permainan, tetapi saya ingatkan kembali kenyataan Muhammad Abduh sekembalinya dia dari pembuangan di Barat. Kata Muhammad Abduh:

“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!”


Apakah ketentuan Allah SWT terhadap pokok jagung? Apakah sistem Allah dalam bercucuk tanam? Bagaimanakah ‘cara kerja’ Khaliq terhadap makhluq bernama jagung? Apakah Allah membuat suatu sistem bahawa untuk jagung tumbuh subur ia memerlukan kepada zikir yang ma’thur dari nas al-Quran dan al-Sunnah? Apakah kesuburan jagung ditentukan oleh Allah SWT pada besarnya serban atau pada singkatnya jubah? Bagaimanakah caranya manusia menyembah Allah dalam perbuatan menanam jagung?
Ketentuan Allah pada teknik menyuburkan tanaman jagung ialah pada kualiti benihnya, cara jagung ditanam, jenis baja, kaedah menjaga pokoknya… yang kesemuanya dihimpun dalam satu ilmu bernama sains pertanian.
Siapakah yang tunduk kepada Allah dalam sains pertanian?
Jawapannya… Ah Chong.
Ah Chong yang patuh kepada hukum alam, kepada hukum sains pertanian… kepada Sunnatullah (cara kerja Allah).
Meminjam kata-kata Muhammad Abduh, maka Ah Chong adalah ‘muslim’ tanpa Islam di ladang jagungnya.
Pak Haji itu pulalah yang kosong makna Islamnya kerana dia taat di atas sejadah, namun ‘kufur’ di medan kerja. Allah, Allah!!!

Tuesday, October 7

RESIPI BOKASHI/KOMPOS

RESIPI BOKASHI/KOMPOS

Bahan-bahan = tahi kambing + EMAS + sisa tumbuhan + molasses + kapur pertanian.
Baja bokashi/kompos ini saya pelajari dari pakar EM merangkap sifu saya iaitu Kak Melor. Di bawah ini adalah gambar baja tahi kambing yang siap dicampur dan diperam. Baja ni saya letak atas tanah jer kemudian ditutup dengan guni baja.

Baja ini dah diperam selama 2minggu. Suhunya hangat macam tahi ayam. Bau tahi kambing dah hilang. Cuma ada bau sengit sikit. Saya balik-balikkan setiap 2hari. Selepas beberapa hari diperam, kulapuk putih(macam tempe) mula tumbuh pada butir-butir tahi kambing tersebut. Saya campurkan sisa tumbuhan(batang&daun pisang dicincang) sebagai bahan campurannya.

Sebenarnya baja ni adalah bancuhan kali ketiga. Yang sebelum ni semuanya gagal. Tapi, oleh kerana tak puas hati, saya cuba buat jugak. Sebelum ni saya simpan dalam tong kedap, tapi kurang menjadi mungkin sebab terlebih kandungan air dan kurang peredaran udara(not sure).

Terima kasih tak terhingga buat Kak Melor diatas tips yang sangat berguna dan membantu:). Saya akan terus cuba memperbaikinya.




BMW (bacterial mineral water)


Di bawah ini pula adalah eksperimen saya untuk membuat BMW(bacterial mineral water). Bahan yang saya gunakan ialah kompos t.kambing + kapur pertanian + EMAS. Campurkan semua bahan-bahan tersebut kedalam bekas yang boleh meresap air dan ikat.


Kapur pertanian (murah punyerrr) Baja kompos (tahi kambing)

Semburkan EMAS

Ikat dengan kemasBaja yang dibungkus berbentuk seperti uncang dan terus sahaja direndam dalam tangki simpanan air siraman. Bekalan air saya dapatkan dari kolam ikan yang berdekatan.


Tangki air siraman

Rendamkan di dalam tangki Sepatutnya perlu ditambah dengan batu-batuan, tapi saya tak letakpun, just gunakan bahan-bahan yang dah ada jer. Menurut Sifu, BMW ini sesuai digunakan pada pokok lada.

Inilah model pokok cili saya

Belum cuba belum tau kan. Kalau hasilnya baik, bolehlah digunakan untuk membaja serai pula lepas ni..thanks again to Kak Melor :)


Monday, October 6

Projek serai..

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan bloggers. Terima kasih tak terhingga kerana sokongan dan perhatian semua, semoga kita semua diberi petunjuk, diberi rezeki dan dirahmati…insya’Allah...
Pada penghujung bulan ogos yang lepas saya telah memulakan projek tanaman serai paha ayam seluas 1ekar bertempat di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor iaitu di kampung kelahiran saya. Benih serai saya dapatkan daripada rakan tani kita iaitu Kak lily@Mrs Pecot (thanks kak lily:) ) Berikut adalah gambar semasa proses penyediaan tapak projek,

Proses menanam benih sebanyak 700kg mengambil masa 1minggu kerana pekerja hanya bekerja pada sebelah petang(tenaga pelajar). Bagaimanapun semua kerja menanam berjalan lancar ditambah pula dengan hujan yang turun hampir setiap hari semasa proses menanam dijalankan..Alhamdulillah..



Para pekerja yang ceria :D


Rahmat turun menyirami bumi...


Hampir siap ditanam 600kg benih


Selepas sebulan ditanam


Mula menghijau...


Serai integrasi...



Selepas sebulan......



Tidak semuanya hidup dan menghijau..ada antara benih serai yang ditanam kering dan mati selepas sebulan ditanam. Benih seperti dibawah ini mula layu tanpa dapat dikenalpasti sebabnya. Mungkin cuaca terlalu panas atau kurang sumber air atau mungkin juga kerana tak ditimbus? hmmm..rasanya otai-otai serai lebih faham...so, kena belajar lagilah saya nih..hehe..

Dan kepada semua otai2 yang banyak ilmu dan murah hati saya memohon jasa baik tuan-tuan untuk memberi komen dan nasihat. Semoga dengan itu saya dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan pada masa-masa yang akan datang..insya’Allah...

........peace......peacee..........peaceee..................peaceee......................peaceeeeeeeee......................................