Tuesday, July 20

Update : Jagung Manis




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan bloggers. Maaf sebab lama dah tak update blog. Banyak sangat hal yang menguji kesabaran dan komitmen saya kebelakangan ini. Banyak juga pengajaran yang saya perolehi dalam susah payah menjadi seorang petani. Pendekkan cerita, kali ini saya ingin bawakan contoh hasil tuaian jagung manis dari jenis Honey Jean. Mari kita jenguk2 camana yang dikatakan jagung manis tue yek.... :)




JAGUNG MANIS YANG MASIH MUDA.








JAGUNG MANIS PUSINGAN PERTAMA....








BERIKUT ADALAH GAMBAR POKOK JAGUNG
DARI BENIH SWEET MELODY...PUSINGAN KEDUA...




Jagung manis telah habis di jual...pendapatan kasar RM800 (pusingan kedua) dan RM250 (pusingan pertama). Jagung manis elok di petik muda kerana rasanya sangat manis. Bagi tanaman jagung pusingan kedua agak kurang subur kerana kekurangan baja asas tahi ayam. Tahi ayam penting untuk memastikan pokok jagung hidup subur dan gemuk. Satu lagi, pokok jagung juga memerlukan air yang banyak terutama di awal pertumbuhan dan diawal pembentukan buahnya. Pokok jagung juga perlukan kawasan yang terbuka dan tidak bernaung untuk membentuk buah jagung yang besar dan penuh (tak rongak). Sekian saja tuk kali ini, jumpa lagi di lain masa...sekian....wassalam :D

Thursday, April 29

Sweet Melody 969 : F1 Sweet Corn


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers dan  pengunjung blog D'honestfarm...Tuaian Kacang Buncis telah mula merosot dan kami bercadang untuk menukarnya dengan tanaman mentimun yang dijangka akan bermula pertengahan bulan Mei ini.   
 
  Di atas ini adalah gambar benih jagung yang kami gunakan untuk memenuhkan tapak tanaman yang telah agak lama terbiar tanpa tanaman.

Sementara itu, kami teruskan usaha kami membekalkan sayuran kangkung dan bayam untuk kedai-kedai runcit sekitar kawasan kampung.
 

Tanaman jagung memerlukan siraman yang mencukupi terutama di peringkat awal tumbesarannya.
Serangan belalang daun dan ulat pengorek buah perlu dikawal menggunakan semburan racun serangga yang bersesuaian terutama apabila pokok mula berbunga.
Kami juga telah siap menyemai jagung manis dari benih sweet melody 969 sebanyak 4 tin. Hasilnya dijangkan akan dituai pada awal bulan Julai 2010 nanti.
Beberapa aspek teknikal lain juga perlu diambil perhatian untuk tanaman jagung manis bagi menjamin tuaian hasil yang baik. Kami akan paparkan perkembangan pokok jagung ini pada masa akan datang. Sekian terima kasih buat semua :D

Monday, April 12

Update : Tuai buncis

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers....
Kali ini kami bawakan sedikit gambar ketika kerja2 menuai dijalankan...
Maaf agak sibuk sekarang. Tak dapat nak update selalu... :)





 

Sunday, March 14

Update : Projek Buncis

Salam hormat buat semua rakan blogger dan para pelawat :)
Berikut ini adalah sedikit gambar terkini projek buncis yang sedang berjalan...
Pada masa sekarang pokok buncis sudah mula berbunga...
Gambar-gambar memungut hasil, insya'Allah akan dipaparkan pada entry akan datang...




Sekian untuk kali ini....sebarang pertanyaan dan komen amat dialu-alukan...
Terima kasih :)

Sunday, February 7

Update : Projek Buncis, Tuai Sayur Daun & Edible Garden


Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua :D
Seperti biasa, kali ini kami sekali lagi ingin membentangkan hasil kerja ladang kami untuk tatapan dan komen para pembaca sekalian. Smoga kita semua akan terus bekerjasama dalam memberikan nasihat dan panduan dalam bidang pertanian.

Gambar-gambar berikut ini adalah sekitar projek tanaman kacang buncis pertama kami...
Kerja-kerja menyemai benih dijalankan pada 30/01/2010...

Benih buncis berumur 1-2 hari...

Benih Buncis berumur 3-4 hari...


Benih buncis berumur 5-8 hari...

Ini pula gambar2 sekitar projek tanaman sayur daun. Kami menanam 2jenis sayur daun iaitu kangkung dan bayam daun panjang kerana permintaan yang tinggi oleh kedai2 runcit berdekatan. Sayur jenis ini juga mudah ditanam, cepat membesar dan mampu menjana pendapatan harian yang menguntungkan.
Ini pula gambar ketika kerja2 menuai dan membuat batas dijalankan.Bagi mereka yang berminat untuk membuat tanaman sayur daun, jadual tanaman adalah sangat penting untuk memenuhi kehendak pelanggan. Kerja2 menuai juga memerlukan komitmen dari segi masa dan kemahiran untuk menjamin kualiti dan masa penghantaran kepada pelanggan.

Akhir sekali kami ingin menyelitkan sedikit gambar edible garden disekitar rumah kami sekadar untuk dijadikan hobi masa lapang disamping mengkaji, mempelajari sifat2 tanaman dan kaedah pembajaan yang sesuai mengikut jenis tanaman. Kami menggunakan polibeg dengan medium tanaman iaitu 3tanah+2pasir+1kompos. Jenis2 tanaman pula kobis bulat, cili kampung, bendi dan tomato ceri. Kami sengaja menggunakan polibeg berbanding menanam terus ke tanah untuk memudahkan proses kajian dan kawalan. Penggunaan polibeg juga menjadikan laman rumah lebih teratur dan bersih. Sekian sahaja tatapan untuk kali ini...kita berjumpa lagi dilain entry...
Semoga dengan usaha dan kesabaran melalui ujian-Nya, kita akan dapat menempuh umur kehidupan yang penuh keberkatan, memperoleh rezeki yang halal dan sentiasa sejahtera dalam keredhaan-Nya...Amiinn....
Wassalam...

Sunday, January 31

Update : Projek Buncis, Sayur Daun & Piping System

Assalamualaikum... :D
Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak-Nya...
Perjalanan projek timun telah kami ubah kepada tanaman buncis sepenuhnya kerana faktor cuaca dan harga yang rendah buat masa sekarang. Kami memilih buncis sepenuhnya kerana memikirkan harganya di pasaran lebih stabil dan menjamin berbanding timun. Kami cuba menyesuaikan jenis tanaman dengan keadaan cuaca dan harga semasa.

Jika mengikutkan jadual asal, sepatutnya kerja-kerja menyemai buncis telah lama kami siapkan, namun disebabkan kami kekurangan masa dan pengalaman, maka banyak perkara-perkara teknikal yang melambatkan kerja-kerja tersebut. Perkara yang sama juga berlaku semasa pemasangan sistem siraman. Kami telah beberapa kali terpaksa mengubah pelan pemasangan sistem siraman mengikut kesesuaian kawasan dan rancangan masa panjang kami.

Sementara sibuk menyiapkan sistem siraman dan batas, sayur-sayuran dedaun percubaan kami telahpun membesar dengan suburnya. Buat masa ini tiada masalah serangan yang teruk untuk sayur dedaun yang mungkin disebabkan oleh kawasan tanaman kami yang jauh dari petani-petani lain.

Setakat ini, telah banyak perkara-perkara teknikal yang baru telah kami pelajari semasa melaksanakan kerja-kerja didataran. Terima kasih tak terhingga kepada semua rakan tani yang banyak memberi pandangan dan nasihat kepada kami. Semoga bertambah ilmu yang bermanfaat buat kita semua, insya'Allah...

Sekian dulu paparan kami buat kali ini. Semoga kita bertemu lagi dengan perkembangan kacang buncis dan sayur-sayuran lain pada masa akan datang. Wassalam...

Friday, January 1

Projek Timun & Buncis

Assalamualaikum dan selamat menyambut tahun baru 1431H bersamaan 2010M...
Smoga tahun yang lepas memberikan 1001 pengajaran untuk kita teladani agar minda makin jelas, agar hati lebih yakin.

Buat masa ini, kerja-kerja penyediaan tapak tanaman telah hampir siap. Oleh kerana cuaca tak menentu, kerja-kerja merotor tanah menjadi agak perlahan kerana faktor tanah yang basah dan melekat. Silvershine juga telah siap dipasang di semua bahagian para junjung. Dijangkakan kerja penyediaan tapak tanaman akan siap sepenuhnya ahad ini.

Kerja-kerja menyemai benih juga terpaksa kami tangguhkan kerana sistem pengairan kami yang masih belum lengkap dan lewat daripada jadual kerja yang kami rancangkan. Kelewatan ini berlaku kerana masalah modal 'tersangkut' yang sepatutnya kami gunakan untuk pembelian barang-barang 'piping', mesin dan sebagainya. Jika tiada aral, kami merancang untuk menyiapkan sepenuhnya sistem pengairan renjis pada tapak projek tersebut dalam masa 1minggu bermula isnin depan INSYA'ALLAH....

Berikut ini adalah antara gambar yang sempat kami 'snap' semasa kerja-kerja sedang dijalankan...

Smoga bertemu lagi di lain hari....
Ayuh kita mengejar kejayaan....
Wassalam...