Friday, December 12

Projek Serai Gajah





Assalamualaikum dan salam sejahtera :D
kembali lagi kali ni dgn beberapa keping gambar dilokasi baru projek tanaman serai saya..
baru petang tadi selesai meracun...
cadangannya nak tanam serai gajah...
mudah-mudahan semua berjalan lancar..
doakan yek :D




itu jer kot....
jumpa lagi lain masa....
daa....
wassalam:D

Thursday, November 27

Oriental Herbal Nutrient (OHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...
Berikut ini adalah cara-cara membuat OHN yang saya pelajari dari blog BOKASHI FARMER menerusi kursus online yang dianjurkan...rakan blogger yang berminat boleh mengikutinya di blog tersebut...

Bahan-bahan yang digunakan...

Gotong-royong adik beradik...Blend dan gaulkan dengan gula merah...

Masukkan dalam balang kaca...
OHN telah siap dilabelkan...Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OHN klik sini.
Sekian terima kasih:)
Wassalam...

Monday, November 24

MY THIRD BOKASHI : hari keempat


Assalamualaikum dan salam sejahtera :D
Kita kembali lagi dengan keputusan bokashi untuk hari keempat...
Pada post yang lepas telah saya tunjukkan satu ujikaji bagaimana untuk menguji kepanasan bokashi yang telah di bancuh iaitu dengan menanam telur ayam yang mentah kedalam bokashi. Setelah 2hari...telur tersebut menjadi hampir masak. Ini menandakan bokashi tersebut betul-betul panas. Dibawah ini adalah hasilnya....

Gambar telur ayam yang hampir masak (tanam dalam bokashi)


Kuning telur juga hampir hitam seperti telur pindang. Sedap baunya :Dhehehe........
Mohd Rahmat...posing sikit :Dpeaceee.......

Mohd Nasa posing sikit :Dpeaceeeee.........

Asap masih banyak....

Oklah...cukup rasanya laporan utk kali ni..
Kita jumpa lagi di entry seterusnya...
Ceria-ceria selalu....peaceee......
Wassalam...




Saturday, November 22

MY THIRD BOKASHI : Hari kedua

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera :)
Kembali lagi dalam rancangan bokashi...hehehe
Berikut ini adalah rakaman yang telah dibuat untuk menunjukkan hasil pemeraman bokashi pada hari kedua.

Asap nipis yang terhasil menunjukkan kadar suhu yang tinggi kerana tindakbalas yang dilakukan oleh bakteria baik/EMAS yang telah disiram rata.


Sebelum membalik-balikkan bokashi tersebut, kami telah menambahkan (1liter molasses+3liter air hujan) sebagai makanan tambahan kepada bakteria/EMAS di dalam bokashi. Campuran tersebut disiram ke atas permukaan bokashi yang telah dibentangkan. Dibawah ini adalah rakaman ketika kerja-kerja menyiram/menambah molasses dijalankan. senang jer...just siram...
(Bismillah jangan lupa)

Kalau tak nak tambah molasses pun tak mengapa sebenarnya, ini kerana campuran yang sebelum inipun sudah mencukupi untuk menghasilkan bokashi. Seperti kata Cik Melor kita, penambahan molasses dalam bokashi adalah sebagai 'booster' bagi mempercepatkan proses tindakbalas oleh bakteria baik/EM didalam bokashi tersebut.

Rakaman dibawah ini pula menunjukkan kerja-kerja membalikkan bokashi pada hari kedua yang bertujuan untuk meratakan kelembapan kesemua bahagian bokashi. Proses ini hendaklah dibuat dalam keadaan yang tenang, ceria, sempoi and jangan lupa senyum :)hehehe...



Bokashi yang baru siap dibalikkan.

Ini pula telur burung cenderawasih yang baru turun dari kayangan....cheewahhh..heheheh..
Ini telur ayam yang masih mentah...nak beli termometer mahal sangat...so sebagai alternatif, kami gunakan telur ayam untuk menguji tahap kepanasan bokashi yang sedang diperam.

Caranya mudah..tanam sahaja telur tersebut ke dalam bokashi dan timbus. Hasil ujikaji ini akan dipaparkan pada entry yang akan datang...so...kita tunggu episod seterusnya:) hehehe...
Akhir sekali, tutup bokashi tersebut dengan guni selepas kerja pembalikan selesai. Jangan lupa tindihkan guni tersebut dengan apa-apa pemberat bagi mengelakkan guni dari ditiup angin.

Sekian untuk kali ini...jumpa lagi next entry...
till we meet again...
dan senyum-senyum selalu :D
wassalam..

Thursday, November 20

MY THIRD BOKASHI : hari pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
Pagi ini saya telah siap membancuh baja bokashi kali ketiga sepanjang saya mempelajarinya. Cumanya kali ini ada sedikit perubahan bahan yang saya gunakan berbanding dengan bokashi yang sebelumnya. Antaranya adalah seperti yang tertulis dibawah.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN :
1. 1 liter EMAS (EM yang telah diaktifkan)
2. Molasses (1liter)
3. 10kg Kapur pertanian (Hydrated lime)
4. 5kg Zeolite
5. 1 guni sisa tumbuhan (daun serai dipotong-potong)
6. Air sungai (2 baldi)
7. Tahi kambing (6 guni)
8. Tahi ayam (6 guni)


Dari kanan: zeolite, kapur, EMAS+molasses+air

Daun serai dipotong-potong sebagai sisa tumbuhan...

Contoh zeolite yang saya gunakan...RM33/25kg
Tahi kambing segar dari ladang....

Tahi ayam juga segar dari ladang....
Cara-cara membancuh bahan-bahan tadi tidaklah sukar....tidak perlu ditumis atau digoreng...
Just campurkan semua bahan dan gaul rata....

Agak-agak dan rata barulah disiram dengan EMAS+molasses+air tadi...
Selepas disiram, gaulkan semula semua bahan-bahan tadi untuk meratakan kelembapan
dah siappun BOKASHI...simple tapi sikit cerewet la...hehe...

Dah siap semua barulah boleh posing....heheheh....4beradik 1kepala....ngamm...Jangan lupa last sekali mestilah ditutup dengan guni supaya tidak terdedah secara terus oleh cahaya matahari kerana bakteria baik/EMAS akan mati kalau terkena sinaran UV. Ia juga bagi mengelakkan dari terkena air hujan terutama pada musim hujan sekarang ni.

Balik-balikkan bokashi tersebut setiap 2hari...
Bokashi tersebut akan mula jadi panas selepas sehari.
Biasanya akan kelihatan asap nipis keluar dari timbunan bokashi apabila kita membuka guni penutup tersebut. Ini menandakan bakteria baik/EMAS yang telah disiram sedang bertindakbalas dengan bahan-bahan yang telah dicampurkan tadi.

Untuk mempelajari kaedah-kaedah istimewa membuat bokashi dan banyak lagi ilmu berkaitan baja organik ini saya mencadangkan rakan-rakan blogger semua untuk melawati blog sifu saya BOKASHI FARMER di sini.

Sekian saja untuk kali ini...
Andai ada kesempatan saya akan update hasil bokashi saya pada masa-masa akan datang...
Terima kasih buat semua dan ceria-ceria selalu :D
Wassalam...

Friday, November 14

Sejuk mata di ladang serai...



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan blogger dan ahli-ahli 'lemongrassgroup.com'. Mohon maaf kerana agak lama saya tak post entry baru untuk blog ni. Kebelakangan ni memang agak sibuk dengan program persatuan belia, ditambah pula dengan kerja kebun yang tak pernah habis. Kalau balik rumah pun biasanya dah penat nak fikir pasal blog :) hehe

Lusa, saya akan ke Kuala Lumpur selama 3hari. Balik program di KL, pada 24hb ni kena pula uruskan khemah belia di Teluk Ramunia selama 4hari. Oleh itu saya sememangnya kesempitan masa pada bulan ni. D'honestfarm, saya serah pada adik untuk diuruskan apa yang patut. Pandai-pandailah diorang laksanakan tanggungjawab masing-masing:D Biar diorang belajar. hehehe...

Balik pada cerita serai, bulan lepas saya telah selesai meracun ladang serai menggunakan racun Diuron jenis cecair 4liter berharga RM80.00. Alhamdulillah, memang berkesan untuk hampir semua jenis rumput termasuk lalang@ekor kucing. Cumanya ada juga rumput yang agak liat utk di musnahkan.

Sehingga minggu lepas pula, saya sempat selesaikan proses membaja dan hampir separuh kawasan serai telah dinaikkan tanahnya. Semua dengan bantuan adik-adik dan anak sedara yang comel-comel belaka. Berikut ini adalah antara gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang bulan Oktober dan November 2008.

Hang Cangkul....

sibuk juga dia nak menyangkul......

Sesi gotong-royong adik-beradik

Siap membaja & naikkan tanah


Sebelum meracun

Selepas meracun

Sebelum.....

Selepas....


Sehari selepas meracun.....

10 hari selepas meracun......

Selesai meracun & membaja & menaikkan tanah..


Adik yang banyak membantu....



Ujian menggunakan bokashi tahi kambing
Syokkknyerrrr......layan kelapa pandan......

Sekian sahaja untuk kali ini. Andai ada kesempatan kita berjumpa lagi di lain masa. Semoga kita sama-sama berjaya mengharungi cabaran sebagai seorang petani. Hiduplah dengan jujur semoga dunia bertambah makmur. Wassalam......

Monday, October 20

Kisah Pak Haji dan Ah Chong…

Salam pertemuan semua....Sekali lagi saya bawakan kisah ini untuk renungan bersama...



Mari kita pinjam kisah Pak Haji dan Ah Chong…


Pak Haji mengerjakan haji. Sebelum itu juga beliau telah selesai sempurna solatnya, puasanya dan zakatnya. Soalan “apa erti saya menganut Islam”, telah Pak Haji jawab dengan mematuhi rukun-rukun dan syarat Islam.


Pak Haji menanam jagung.


Turun ke kebun jam 10 pagi, selepas selesai solat sunat Dhuha. Benih dipilih, dibenam ke bumi, air disiram, Pak Haji balik ke rumah dan bersolat lagi.


Di seberang sana ada seorang lagi pekebun jagung bernama Ah Chong. Jangankan haji, halal haram dan solat pun dia tidak mengerti. Tidak pernah dipeduli. Soalan “apa erti saya menganut Islam” bukan soalan hidupnya, kerana hidupnya hanya pada makan, minum, tidur, kerja, rehat, kahwin.


Ah Chong menanam jagung.


Turun ke kebun jam 7 pagi. Masih ‘kufur’ seperti sebelum tidurnya malam tadi. Dengan dada yang kosong dari sebarang agama, Ah Chong memilih benih terbaik. Ditanam semolek mungkin ke dalam tanah yang dibentuk batas. Dibuat saluran air, agar lebihan siram tidak bertakung merosakkan benih. Batas dilindung dengan rumput kering selepas baja ditabur mengikut sukatannya. Pagar kebun diperiksa, agar jangan kambing yang hidupnya juga makan, minum, kerja, rehat dan ‘kahwin’ merempuh masuk memakan anak pokok jagung si Ah Chong. Tepat jam 12 tengah hari, Ah Chong bersandar di pondok usang, berehat dan makan menanti petang.


Setiap hari Pak Haji dan Ah Chong mengulang perbuatan yang sama hingga genap 50 hari untuk menuai.


Jawablah soalan “apa erti saya menanam jagung?” melalui hasil tuaian masing-masing. Siapakah yang lebih mendapat makna dari persoalan itu?


Dengan yakin, kita boleh menjawab bahawa kebun jagung Ah Chonglah yang makmur dan sejahtera.


Soalnya siapakah yang menumbuhkan jagung?


Allah…


Soalnya siapakah antara mereka berdua yang menyembah Allah?


Pak Haji…


Mengapa Allah tumbuhkan pokok jagung Ah Chong dan bukannya pokok jagung Pak Haji?



Mengapakah sebagai seorang pekebun jagung, Ah Chong yang beroleh sejahtera dengan hasil tanaman yang lumayan? Sedangkan Pak Haji terus papa dan resah dengan keperluan hidup yang tidak pernah cukup?




MUSLIM DI LADANG JAGUNG

 Jika Muslim itu bermaksud tunduk dan berserah kepada Allah, siapakah yang Muslim di medan menanam jagung ini? Pak Haji atau Ah Chong?


Mungkin soalannya seperti suatu permainan, tetapi saya ingatkan kembali kenyataan Muhammad Abduh sekembalinya dia dari pembuangan di Barat. Kata Muhammad Abduh:

“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!”


Apakah ketentuan Allah SWT terhadap pokok jagung? Apakah sistem Allah dalam bercucuk tanam? Bagaimanakah ‘cara kerja’ Khaliq terhadap makhluq bernama jagung? Apakah Allah membuat suatu sistem bahawa untuk jagung tumbuh subur ia memerlukan kepada zikir yang ma’thur dari nas al-Quran dan al-Sunnah? Apakah kesuburan jagung ditentukan oleh Allah SWT pada besarnya serban atau pada singkatnya jubah? Bagaimanakah caranya manusia menyembah Allah dalam perbuatan menanam jagung?
Ketentuan Allah pada teknik menyuburkan tanaman jagung ialah pada kualiti benihnya, cara jagung ditanam, jenis baja, kaedah menjaga pokoknya… yang kesemuanya dihimpun dalam satu ilmu bernama sains pertanian.
Siapakah yang tunduk kepada Allah dalam sains pertanian?
Jawapannya… Ah Chong.
Ah Chong yang patuh kepada hukum alam, kepada hukum sains pertanian… kepada Sunnatullah (cara kerja Allah).
Meminjam kata-kata Muhammad Abduh, maka Ah Chong adalah ‘muslim’ tanpa Islam di ladang jagungnya.
Pak Haji itu pulalah yang kosong makna Islamnya kerana dia taat di atas sejadah, namun ‘kufur’ di medan kerja. Allah, Allah!!!

Tuesday, October 7

RESIPI BOKASHI/KOMPOS

RESIPI BOKASHI/KOMPOS

Bahan-bahan = tahi kambing + EMAS + sisa tumbuhan + molasses + kapur pertanian.
Baja bokashi/kompos ini saya pelajari dari pakar EM merangkap sifu saya iaitu Kak Melor. Di bawah ini adalah gambar baja tahi kambing yang siap dicampur dan diperam. Baja ni saya letak atas tanah jer kemudian ditutup dengan guni baja.

Baja ini dah diperam selama 2minggu. Suhunya hangat macam tahi ayam. Bau tahi kambing dah hilang. Cuma ada bau sengit sikit. Saya balik-balikkan setiap 2hari. Selepas beberapa hari diperam, kulapuk putih(macam tempe) mula tumbuh pada butir-butir tahi kambing tersebut. Saya campurkan sisa tumbuhan(batang&daun pisang dicincang) sebagai bahan campurannya.

Sebenarnya baja ni adalah bancuhan kali ketiga. Yang sebelum ni semuanya gagal. Tapi, oleh kerana tak puas hati, saya cuba buat jugak. Sebelum ni saya simpan dalam tong kedap, tapi kurang menjadi mungkin sebab terlebih kandungan air dan kurang peredaran udara(not sure).

Terima kasih tak terhingga buat Kak Melor diatas tips yang sangat berguna dan membantu:). Saya akan terus cuba memperbaikinya.




BMW (bacterial mineral water)


Di bawah ini pula adalah eksperimen saya untuk membuat BMW(bacterial mineral water). Bahan yang saya gunakan ialah kompos t.kambing + kapur pertanian + EMAS. Campurkan semua bahan-bahan tersebut kedalam bekas yang boleh meresap air dan ikat.


Kapur pertanian (murah punyerrr) Baja kompos (tahi kambing)

Semburkan EMAS

Ikat dengan kemasBaja yang dibungkus berbentuk seperti uncang dan terus sahaja direndam dalam tangki simpanan air siraman. Bekalan air saya dapatkan dari kolam ikan yang berdekatan.


Tangki air siraman

Rendamkan di dalam tangki Sepatutnya perlu ditambah dengan batu-batuan, tapi saya tak letakpun, just gunakan bahan-bahan yang dah ada jer. Menurut Sifu, BMW ini sesuai digunakan pada pokok lada.

Inilah model pokok cili saya

Belum cuba belum tau kan. Kalau hasilnya baik, bolehlah digunakan untuk membaja serai pula lepas ni..thanks again to Kak Melor :)