Saturday, January 24

Projek Keledek


Asssalalmualaikum dan salam sejahtera buat semua :D
Projek tanaman keledek ini masih dalam proses penyediaan tapak. Kerja-kerja pembajaan asas telahpun selesai. Baja asas akan diperam/dibiarkan selama setengah bulan sebelum proses penanaman benih keledek dilakukan. Dalam tempoh pemeraman baja asas tersebut akan digunakan untuk proses meracun lalang dan mengapur tanah. Saya turut dibantu oleh partner saya juga seorang petani muda yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian ini.

MENGGEMBUR TANAH


BUAT BATAS

TAHI AYAM REBAN

MENGAGIH BAJA


Berikut ini pula adalah gambar ladang keledek kerepek berdekatan projek keledek kami.



Inilah Mr.Am selaku partner saya, rajin juga orangnya :D Gaya seorang engineer yang berenti keje kerana minat dalam pertanian. MOTO yang beliau genggam sekarang ialah 'CARI DUIT NAK KAWIN' hehehe...'gud luck bro!! Smoga dipermudahkan segala urusan. INSYA'ALLAH...

Saturday, January 17

UPDATE : PROJEK SERAI GAJAH

Assalamualaikum :D

Hari ini kerja2 penyediaan tapak disambung semula.
Berikut ini adalah di antara gambar kerja-kerja pembakaran di tapak projek.Insya'Allah awal bulan 02/09 kami akan mula tanam serai gajah. Harapan saya smoga semuanya berjalan seperti dirancang. Amiinn...

UPDATE PHOTOS :