Friday, March 6

Jom Sembelih Kambing...


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
seperti yang telah dirancangkan, pagi tadi kami telahpun selamat menyelesaikan sembelihan 2ekor kambing untuk aqiqah. bila masuk bab sembelih nie, memang ramai yang ringan tulang datang menolong. memang meriah, kalau tak percaya, cubalah sembelih kambing sekor...mesti ramai yang datang tolong tengok :D



kambing import ni agak liar sikit, baunyapun lebih kuat berbanding kambing tempatan. mungkin faktor makanan atau cuaca?


inilah customer pertama yang berurusan dengan kami...tengah pilih kambing tu...


rata-rata pengunjung yang datang semua tertumpu pada tanduknya yang serupa kambing gurun tu. huhuhu...

sekian saja utk hari ini..
smoga berjumpa lagi..
trima kasih daun keladi buat semua..
wassalam...