Bahan-bahan = tahi kambing + EMAS + sisa tumbuhan + molasses + kapur pertanian. Baja bokashi/kompos ini saya pelajari dari pakar EM merangkap sifu saya iaitu Kak Melor. Di bawah ini adalah gambar baja tahi kambing yang siap dicampur dan diperam. Baja ni saya letak atas tanah jer kemudian ditutup dengan guni baja.
Baja ini dah diperam selama 2minggu. Suhunya hangat macam tahi ayam. Bau tahi kambing dah hilang. Cuma ada bau sengit sikit. Saya balik-balikkan setiap 2hari. Selepas beberapa hari diperam, kulapuk putih(macam
Sebenarnya baja ni adalah bancuhan kali ketiga. Yang sebelum ni semuanya gagal. Tapi, oleh kerana tak puas hati, saya
Terima kasih tak terhingga buat Kak Melor diatas tips yang sangat berguna dan membantu:). Saya akan terus
BMW (bacterial mineral water)
Di bawah ini pula adalah eksperimen saya untuk membuat BMW(bacterial mineral water). Bahan yang saya gunakan ialah kompos t.kambing + kapur pertanian + EMAS. Campurkan semua bahan-bahan tersebut kedalam bekas yang boleh meresap air dan ikat.
Kapur pertanian (murah punyerrr) Baja kompos (tahi kambing)
Ikat dengan kemasBaja yang dibungkus berbentuk seperti uncang dan terus sahaja direndam dalam tangki simpanan air siraman. Bekalan air saya dapatkan dari kolam ikan yang berdekatan.
Rendamkan di dalam tangki Sepatutnya perlu ditambah dengan batu-batuan, tapi saya tak letakpun, just gunakan bahan-bahan yang dah ada jer. Menurut Sifu, BMW ini sesuai digunakan pada pokok lada.
Inilah model pokok cili saya
Belum cuba belum tau kan. Kalau hasilnya baik, bolehlah digunakan untuk membaja serai pula lepas ni..thanks again to Kak Melor :)
5 comments:
salam dik,
tahniahlah berjaya menghasilkan baja sendiri..bangganya akak rasa.
insya allah baja tu memberikan byk manfaat, akak pernah tgk org buat baja kaler kelabu cam adik buat. akak punya cam warna hitam2 gitu.
adik pakai kapur untuk baja n BMW mmg baik untuk serai. serai ni jenis tumbuhan sitrus cam limau, makan Magnesium dengan banyaknya. mg pulak menggalakkan penghasilan lemak dan minyak pati, so kalau buat serai untuk minyak pati, pakai la kapur. kapur mengandungi 80% mg.
oh ya, satu lagi
mmg bergaya gambar yang ko tangkap tu, step2nya jelas, macam omputih kat youtube buat :)
tahniah atas usahamu itu
Tahniah kerana berjaya menghasilkan baja sendiri.
EMAS tu merujuk kepada apa?
EMAS tu merujuk kepada apa?
Post a Comment