Salam hormat dan salam sejahtera :)
Sudah lama sangat rasanya tak update blog nie...banyak masalah lately...
gambar projek sebelum nie pun dah banyak dikumpul, tapi masih tak sempat nak post kat sini, xpelah saya akan cuba upload seberapa yang termampu buat masa nie...
Kepada rakan2 blogger tani yang lain...aper citer lama menyepi?....
Berikut ini ada serba sedikit gambar projek yang telah saya laksanakan sejak tahun lepas...
mari kita sama2 lihat dan komen ye... :)
PROJEK TANAMAN TIMUN ROCKY 8 (BERMULA DEC 2010)
ROCKY 8 : F1 HYBRID CUCUMBER
JUMLAH POKOK : 2500 POKOK
KERJA-KERJA MEMBANCUH BAJA ORGANIK
KERJA-KERJA MENYIAPKAN PANGGUNG TANAMAN TIMUN...
ANAK BENIH TERUS DISEMAI ATAS BATAS KERANA TANAH BARU DIBUKA...
KERJA-KERJA MENGIKAT TALI GANTUNG SEDIKIT TERGENDALA KERANA MASALAH KEKURANGAN PEKERJA....
POKOK TIMUN MULA BERBUAH : UMUR POKOK 30-40 HARI...
HUJAN BERTERUSAN SELAMA 4HARI PADA AWAL TAHUN 2011 MENYEBABKAN AIR BERTAKUNG, DAN DAUN MULA KUNING...ADA JUGA POKOK YANG MATI KERANA AKARNYA DITENGGELAMI AIR TERLALU LAMA....
MULA TUAI HASIL....BUAH YANG CANTIK DAN SEGAR....
SERANGAN ULAT RATUS....
POKOK TIMUN MULA MENJALAR HINGGA MENCECAH PANGGUNG PARA DAWAI...
MUSIM BUAH PUNCAK : 700~1000KG SEHARI....
ROWNING DAUN BAWAH UNTUK MENGGALAKKAN TIMUN BERBUAH DAN BERGANTUNGAN DIATAS PARA SAHAJA...
KERJA-KERJA ROWNING DAUN BATANG....
DAH SAMPAI HUJUNG MUSIM....DAUN MULA KUNING DAN KERING...PUCUK JUGA DAH TAK PRODUKTIF....
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN....
PAYMENT YANG PERTAMA...DAN SETERUSNYA SETIAP MINGGU....
BAGAIMANAPUN, HARGA TIMUN JATUH MENJUNAM HINGGA 20SEN SEKILO PADA MINGGU KEDUA TUAIAN...
KITA TUNGGU POST BERIKUTNYA...TANAMAN APA PULA YA???....